PPDa & SLAD

VISI DAN MISI PPDa SMK SUBANG   

VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Subang  Bebas Dadah.

       MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.


SUDUT PPDa SMK SUBANG

Apabila anda mendengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan? 
Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis? 
Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas– heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. 

Apakah sebenarnya dadah? 
Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaannya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 
Oleh itu, pihak sekolah telah menyediakan laluan PPDa untuk menyebarkan maklumat kepada semua pelajar, pihak pentadbir, kakitangan sekolah dan komuniti luar tentang keburukan pengambilan dadah. Sepanjang tempoh aktiviti anti dadah para pelajar menujukkan minat dengan sebaran yang diadakan sepanjang laluan PPDa.












No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results