Saturday, August 17, 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Sedar tak sedar...


cuti panjang kali ni telah hampir ke penghujungnya.





Seronokkan bercuti panjang, tau ke cuti apa baru-baru ni?


Meh, cikgu ceritakan ye..





5 & 6 Ogos : cuti berganti (tarikh ganti akan diberitahu kemudian)


7 - 18 Ogos : Cuti persekolahan pertengahan penggal





Maka, 


secara rasminya 19hb Ogos (Isnin)


 adalah hari persekolahan.





Oleh yang demikian,


Semua murid SMK Subang, harus membuat persiapan sempena minggu kembali ke sekolah ini 


iaitu dengan;





* menyediakan pakaian rasmi/ uniform sekolah termasuk kasut & stokin, pastikan bersih & bergosok


* menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan sebelum cuti


* menyusun buku mengikut jadual Isnin 


(jadual takde, sila tanya kawan k)


* pastikan semua alatulis & buku dibawa


* pastikan handphone/ handset/ smart phone/ telefon bimbit dan seumpamanya tidak dibawa


* tidur awal pada malam Isnin


* set minda anda, bahawa Isnin adalah hari persekolahan yang dinanti-nanti & penuh dengan kejutan





-Selamat Kembali Ke Sekolah-















Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1434H







Assalamualaikum...





Seluruh warga Unit Bimbingan dan Kaunseling 


SMK Subang, Shah Alam


mengucapkan





SALAM IDULFITRI 1434H





 kepada semua warga SMK Subang


terutamanya kepada


pihak pengurusan,


rakan-rakan guru,


murid-murid tingkatan 1 hingga lima,


ibu bapa & penjaga,


masyarakat setempat, 


organisasi kerajaan dan bukan kerajaan


 yang telah menyumbang 


tenaga, idea dan kewangan


sepanjang tahun 2013





MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN





Semoga kerjasama dan ikatan persaudaraan


kita terus erat


dan dirahmati Ilahi selalu





Sekian, terima kasih

Sunday, August 4, 2013

Mesyuarat Pemuafakatan Bil 1/2013

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi 

Tempat : Bilik Umar Abdul Aziz, SMK Subang, Shah Alam

Pengerusi : Kapten (B) Dato' Samsuddin b Jaafar (YDP PIBG SMK Subang)

Kehadiran : 29/38



Turut hadir :

YB Hjh Halimahton...






























Ini pula wakil guru






Sedutan Tazkirah dari Ustaz Don Danial










Antara wakil PIBG






Taklimat dari Ketua GBKSM tentang Kolej Vokasional







Semoga pertemuan ini akan menghasilkan ikatan yang lebih erat antara sekolah dan komuniti..

nantikan agenda berikutnya..



sekian, terima kasih..

Thursday, August 1, 2013

Indeks Persepsi Murid Terhadap Amalan Guru Penyayang


Assalamualaikum...





Kepada semua warga SMK Subang... murid tingkatan 1 hingga 5,





Mohon kerjasama untuk menjawab Indeks Persepsi Murid (IPM) Terhadap Amalan Guru Penyayang 


di SMK Subang melalui link ini  









sebelum 30 Ogos 2013.





Kerjasama anda semua, amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.





Sebarkan kepada semua sahabat handai, rakan taulan..





Sekian, terima kasih.





Admin..


Setiausaha JK Guru Penyayang


SMK Subang.

Wikipedia

Search results