PRS


SEJARAH PENUBUHAN PRS SMK SUBANG


 
Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang pada tahun 1997.

objektif prs
  • Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.
  • Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan.
  •  Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.
  • Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.


RASIONAL PENUBUHAN PRS
  •  Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung tuntutan khidmat yang makin bertambah.
  •  Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran pelajar berkongsi perasaan.
  • Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, mereka dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif.
  • Cabaran remaja makin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat membantu pelajar membina perlakuan yang positif.
  •  Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja.Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam hidup mereka untuk dijadikan panduan dan teladan.

MATLAMAT PENUBUHAN PRS
  • Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
  • Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar-pelajar
  • Memupuk menjadi orang dewasa yang peka,bertimbang rasa dan rela menolong, yang hidup dalam satu masyarakat yang majmuk.
  • Pembina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

FUNGSI PRS

  • Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk kawan mencurahkan .
  •  Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling menjalankan program-program yang bercorak menghalang.
  • Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

PEMILIHAN PRS
1.       Ahli Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling
2.       Dibuka kepada pelajar yang berminat
3.       Dipilih oleh guru dan rakan
4.       Melalui ujian personaliti
5.       Pemerhatian melalui aktiviti kelompok

PROSES PEMILIHAN PRS

     1. Terbuka
     2. Ujian Personaliti/Minat
     3. Temuduga
     4. Pemerhatian
     5. Pencalonan
     6. Pilihan Khas



AHLI JAWATANKUASA PRS 2016

Pengerusi : 

Naib Pengerusi :


Setiausaha : 


Pen Setiausaha : 


Bendahari : 


Pen Bendahari : 


Ajk :


No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results