Sejarah UBK



Unit Bimbingan Dan Kaunseling lahir seiring dengan bertapaknya SMK Subang selaras dengan matlamat wujudnya UBK di setiap sekolah. Asal daripada sebuah bilik kosong yang tidak punya apa-apa, Bilik Al Ghazali (Bilik Unit Bimbingan & Kaunseling) sekolah ini dibangunkan mengikut spesifikasi yang sepatutnya mengikut keperluan perkhidmatan oleh GBK pertama iaitu Pn. Norlela bt Abd. Rahman . 
Pada tahun 2000, sebuah bilik yang selesa dan lengkap dengan peralatan telah diserahkan kepada UBK dan telah dinamakan Bilik Informasi Kerjaya dan Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, ruang ini terpaksa diserahkan kepada unit lain atas sebab keperluan yang mendesak. Namun  begitu, sekali lagi UBK mendapat perhatian Pengetua ketika itu dengan diluaskan lagi bilik perkhidmatan pada tahun 2004. Justeru itu, ruangan pengurusan menjadi lebih selesa tatkala sekolah menerima  kehadiran lebih ramai GBK.
Kini, Bilik Al Ghazali lengkap dengan Bilik Kaunseling Individu, Bilik Kaunseling Kelompok, Ruang Rehat dan perbincangan, Bilik Pengurusan, Ruang Fail dan Dokumen dengan fasiliti yang teraputik. Rentetan daripada itu, unit ini turut melaksanakan dan mengamalkan Konsep 5S. Ini dimantapkan lagi dengan info-info yang sememangnya diperlukan oleh guru-guru dan murid-murid. Selain itu juga, blog UBK Al-Ghazali turut diwujudkan bagi mengikuti arus perkembangan masa kini iaitu ubkalghazali.blogspot.com.
Pendek kata, Bilik Al Ghazali seringkali dikatakan memberi ketenangan dan  kondusif. Sesiapa yang masuk dan menikmati suasana teraputik bilik ini, pasti jatuh cinta dan tidak datang menjengah semata-mata hanya untuk sekali sahaja.

SEJARAH GBK YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SMK SUBANG
1.       PN. NORLELA BINTI ABD RAHMAN                           ( 1997 – 2002 )
2.       PN. NOR HANIZAH BINTI GHAZALI                           ( 2000 – 2013 )
3.       PN. NOOR HAIDAH BINTI YAAKOB                            ( 2003 – 2005 )
4.       PN. SAGUNTHALAI A/P APPALANAIDU                  ( 2004 – hanya beberapa bulan )
5.       PN. KANNIGA A/P RAGAVAN                                     ( 2007 – KINI  )
6.       PN. ZURINA SAMHAH BINTI  MOHD NOR              ( 2007 – KINI  )
7.       PN. SITI MAHERAN BINTI MAMAT                            ( 2007 – 2008 )
8.       PN. SARASWATHY A/P YELAMALE                            ( 2009 – 2013)
9.       PN. NOR QISTINA BINTI IBRAHIM                             ( 2011 – hanya 1 bulan)
10.   PN. ARFAH BINTI MD YUNOS                                      ( 2012 – KINI )
11. PN. ROSNOR HASNIZA BT SETAPA                               (MAC 2014 - KINI)
12. PN. NORMADIYANA BT ABDULLAH                             (JUN 2014 - KINI)
13. PN. NUR ILYANI BT A. RAHMAN                                    (APR 2015 - KINI)


Created with Artisteer

No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results