Bilik Al-Ghazali


Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Subang atau Bilik Al-Ghazali merupakan bilik yang ditadbir urus oleh lima orang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK). Ia merupakan sebuah pusat sehenti bagi murid-murid yang ingin mendapatkan bantuan tidak kiralah dari segi maklumat, tenaga dan idea dari guru-guru yang ada.  Kedudukannya di aras 2, Blok C yang strategik dan sesuai menjadikan murid-murid dan pengguna yang lain selesa untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan. Setiap GBK diberikan pengkhususan masing-masing untuk menjadikan Bilik Al-Ghazali di susun atur dan ditadbir dengan baik.

Selain diuruskan oleh GBK, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) turut dilatih untuk membantu pengurusan dan pentadbiran bilik dari segi kebersihan dan keceriaan. Mereka telah dijadualkan untuk menjalankan tugas masing-masing sama ada menyebarkan risalah, buletin mahupun memanggil murid untuk dijalankan sesi kaunseling.

Secara keseluruhannya, pengurusan dan pentadbiran Bilik A-Ghazali adalah berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia 2009. Di samping menjadikan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (PK 08 Pengurusan Bimbingan) sebagai rujukan kedua dalam memastikan sistem pengurusan lebih teratur dan tersusun. Kerja-kerja lebih mudah apabila sistem yang digunakan difahami dan diamalkan sentiasa.
  
Pandangan dari depan Bilik Al Ghazali
Pintu masuk Bilik Al-Ghazali
Ruangan Utama
Bilik Bimbingan/ Kaunselimg Individu
Bilik Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
Ruangan Pengurusan GBK/ Kaunselor
Ruangan Penyimpanan Fail dan Folder

Ruangan Penyimpanan Kad 001

Ruangan Maklumat
Ruangan penyimpanan borang UBK

No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results