Monday, February 8, 2016

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2015

Syukur Alhamdulillah, SMK Subang Cemerlang terpilih untuk menyertai Program Remaja Berwawasan (PRB) anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia (Angkatan Tentera Malaysia ATM), Kementerian Dalam Negeri (Polis Diraja Malaysia PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Program ini melibatkan beberapa buah negeri di seluruh Malaysia termasuklah negeri Selangor. Sembilan buah sekolah terpilih mewakili negeri Selangor iaitu SMK USJ 8, SMK Seksyen 19, SMK Seksyen 24, SMK Puchong Permai, SMK Puchong Batu 8, SMK Seksyen 16, SMK Taman Sri Muda, SMK Alam Megah dan SMK Subang. Ia merupakan program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) kelapan. 

Pelbagai aktiviti diatur bagi menjayakan program kebangsaan ini termasuklah Kursus Penataran Jurulatih PRB yang telah diadakan pada 30 Mac - 3 April 2015 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang Darul Makmur.

Ceramah bagi mendedahkan guru-guru dan jurulatih tentang PRB

Perbincangan sebelum pembentangan



Semoga kerjasama antara Jurulatih dan guru-guru menghasilkan kejayaan

Dr Kiri : Pn Zurina, Sig Sharil Izuan, Lt. Mohd Mazhar, Kpl Firdaus & Pn Hazel



No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results