Tuesday, December 24, 2013

PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT (SMKA/KAA) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) / KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN – TAHUN 2014


Assalamualaikum...





Permohonan dibuka kepada semua murid Tingkatan 3 KAA 2013 SMK Subang.





Dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Sekolah.


Tarikh TUTUP pada 13 Januari 2014.





Hanya 3 sekolah menawarkan tempat:-




  1. SMKA Simpang Lima

  2. SMKA Kuala Selangor

  3. SMKA Maahad Hamidiah





Syarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di SMKA/KAA :








Syarat Umum :





1.   
Warganegara Malaysia.


2.   
Murid daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA),  Kelas Aliran Agama (KAA),
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN),
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Swasta (SMAS).


3.   
Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dalam
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)








Syarat Kemasukan
Ke Aliran Sastera :





  1. Lulus
    Peperiksaan PMR dengan mendapat sekurang-kurangnya:


    1. Mendapat  pangkat
      A dalam 4 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam

    2. Sekurang-kurangnya mendapat pangkat C dalam
      mata pelajaran Bahasa Arab

    3. Lulus
      dalam semua mata pelajaran lain










Syarat Kemasukan Ke Aliran Sains :





1.   Mendapat
sekurang-kurangnya :



    1. Mendapat  pangkat
      A dalam 5 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam,
      Sains dan Matematik

    2. Mendapat
      sekurang-kurangnya B bagi mata pelajaran lain










Syarat Kemasukan Ke Aliran Teknikal (SMKA Kuala
Selangor sahaja) :





a.   
Mendapat  pangkat A
dalam 5 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam, Sains dan Matematik


b.   
Mendapat sekurang-kurangnya B bagi mata pelajaran lain







Maklumat lanjut boleh telefon Jabatan Pendidikan Selangor Tel : 03-55135754 atau pejabat sekolah 03-78469673.





Yang berminat boleh mohon.





Semoga berjaya.





Terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results