Monday, September 30, 2013

Karnival Bola Jaring Olimpik Muda Daerah Petaling Perdana

Assalamu'alaikum...



Alhamdulillah... 

SMK Subang Cemerlang tak pernah lekang dari mengukir nama dalam bidang sukan. Sebagai pemerhati dan pencatat kejayaan-kejayaan SMK Subang, ternyata saya merasa sungguh bangga. Kurniaan yang harus disyukuri.



Karnival ini telah pun berlangsung pada 27 September bertempat di SMK Seksyen 7, Shah Alam.



Pusingan awal.. SMKS Cemerlang kalahkan SMK Bandar Sunway

Pusingan suku akhir... SMKS Cemerlang kalahkan SMK Alam Megah (2)

Pusingan separuh akhir.. SMKS Cemerlang kalahkan SMK Alam Megah

Pusingan akhir.. SMKS Cemerlang kalahkan SMK Alam Megah(2)



Mmm hebatkan.. semuanya menang.. 

meh tengok keputusannya..
















 





Jom kita tengok usaha mereka semasa perlawanan...














































kejayaan bersama coach Noraliza Mustafa...











yang ni pula..majlis penyampaian di sekolah


























Bagi pihak seisi warga sekolah, saya mengucapkan sekalung tahniah buat pasukan Olimpik Muda SMK Subang Cemerlang. Teruskan perjuangan ke peringkat seterusnya Oktober ini. Semoga berjaya. Doakan ye...





Sekian, untuk kali ini.




Monday, September 9, 2013

BIASISWA PIDN JPA TELAH DIBUKA..

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2013/2014 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta terpilih untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



Jenis Tajaan:

Biasiswa



Tajaan Meliputi:

Elaun sara hidup (setahun)

Elaun buku (setahun)

Elaun alat perkakas (setahun)

Elaun tesis (sekali sahaja)

Elaun kertas projek (setahun)

Elaun latihan amali (sehari)



Syarat Asas Tajaan:

Warganegara Malaysia;

Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013; 

Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; atau

Tahun pertama peringkat Diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).



Bidang Tajaan:

Kejuruteraan dan teknikal

Sains sosial

Klinikal dan kesihatan

Sains fizikal

Sains hayat



Nota: Rujuk iklan tawaran untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bidang yang ditaja.



Tarikh Tutup Permohonan:

     16 September 2013



keterangan lanjut..

http://pidn.jpa.gov.my/epermohonan/index.php?program=PIDN

Thursday, September 5, 2013

Jom Urus Wang Saku



Sukacita dimaklumkan berikut adalah maklumat berkaitan




e-Buku Wang Saku (e-BWS).







Apakah e-BWS?


Ia adalah satu aplikasi web yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama KPM & institusi kewangan untuk tujuan pengurusan kewangan.


Ia mesra pengguna dan merupakan versi elektronik kepada Buku Wang Saku.





e-BWS membolehkan anda:




  •  membuat pengiraan perbelanjaan dan pendapatan harian secara automatik;

  • mengetahui dan memantau baki wang saku, jumlah perbelanjaan dan simpanan dalam bentuk jadual dan carta; dan

  • mencetak catatan, jadual dan carta untuk rujukan dan simpanan.








Jadi, tunggu apalagi?


Gunakan e-BWS sekarang untuk mengalami sendiri ciri-ciri e-BWS yang inetraktif dan menyeronokkan.





Jadilah ahli duitsaku.com.


Keahlian adalah percuma





Jom ke laman web duitsaku.com


http://duitsaku.com/



sekian, terima kasih

admin


NAIB JOHAN PERTANDINGAN MENCIPTA BLOG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH


Assalamualaikum... 





Sudah lama tidak bertemu di ruangan ini...





Hari ini, 


admin ingin kongsikan satu lagi pencapaian murid Kg. Subang. Pastinya, sebagai seorang guru, apa yang baik, cemerlang sudah tentunya menjadi kebanggaan. 


Jom ikuti...





Nombor berapa?


Naib Johan





Pertandingan apa?


Artificial Intellegent Camp (AI Camp)


Pertandingan Mencipta Blog Antara Sekolah Menengah





Anjuran?


 Fakulti Matematik dan Sains Komputer, UiTM, Shah Alam





Bila?


23 - 25 Ogos 2013





Di mana?


UiTM Shah Alam





Siapa wakil SMK Subang?


8 orang murid Tingkatan 4, SMK Subang





Apa Hadiahnya?


Untuk Sekolah - Plak dan sijil penghargaan


Peserta - wang tunai, sijil dan pelbagai peralatan IT 





Mana blognya?


Ini dia... silalah klik di link di bawah...






Mana orangnya?


Ini dia bersama guru pengiringnya...










Ini untuk sekolah...










Semoga 


SMK Subang Cemerlang


terus menyinar..


Aamiin








-Admin-

Wikipedia

Search results