Monday, July 29, 2013

Cuti Hari Raya 5 & 6 Ogos...


Unit Bimbingan & Kaunseling


SMK Subang Shah Alam





mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga


SMK Subang Cemerlang


yang akan mula bercuti pada





3 Ogos 2013 (Sabtu)





Ingin dimaklumkan bahawa


5 Ogos 2013 (Isnin) adalah cuti peristiwa


6 Ogos 2013 (Selasa) adalah cuti berganti


akan diganti pada 21 September 2013





Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


Maaf Zahir & Batin










tulus ikhlas dari 


admin & keluarga UBK SMK Subang Cemerlang

Tuesday, July 23, 2013

Anugerah Kualiti Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Petaling Perdana 2013

Alhamdulillah.. sambutan Hari Guru Peringkat Daerah PP telah selamat melabuhkan tirainya. Segala teka-teki sudahpun terjawab. Nampaknya, tempat ketiga Anugerah Kualiti Pengurusan Bilik Bimbingan & Kaunseling telah menjadi milik UBK SMK Subang tahun ini. 



Kami telah dipantau oleh wakil PPD di saat-saat akhir dengan beberapa kekurangan yang masih boleh diatasi. Alhamdulillah pemantau datang dengan memberikan bantuan yang tidak ternilai kepada kami semua.



Antara teguran yang perlu diperbaiki ialah..




  1. Fail peribadi klien sebaik-baiknya disediakan seorang satu fail.

  2. Rekod-rekod relief, klien rujukan dan sebagainya perlu diinventorikan supaya senang dirujuk oleh pihak lain.

  3. Program Kaunseling Berfokus perlu ditambahbaik.

  4. Rujukan melalui e-disipin perlu dicetak

  5. Kod konsultasi ibu bapa perlu menggunakan no kod anak/murid.

  6. Folder bidang perlu dikemaskini dengan bahan-bahan dan aktiviti berkaitan bidang berkenaan.

  7. Skuad PPDa harus diwujudkan.

  8. Perlu mencapai KPI 5 orang klien individu & 2 kelompok seminggu.


Antara perkara yang harus dikekalkan dan ditambah baik:




  1. Pengurusan sistem fail yang sangat teratur

  2. Analisis sesi & pelawat yang dinyatakan secara berkala.

  3. Kerjasama antara pasukan sangat baik.


Semoga tahun hadapan, kami dapat meningkatkan kecemerlangan bagi mengharumkan nama SMK Subang Cemerlang... Insya Allah


























Program Motivasi Belajar Sesi Petang

Tarikh : 23 Julai 2013

Hari : Selasa

Masa : 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang

Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Subang

Penceramah : Tuan Syed Faizal S.Rahman

Smart Study & Consultancy



Sasaran : Murid Tingkatan 2 Adil, 2 Bakti, 2 Cekap & 2 Damai



Kandungan Ceramah :

1) Kemahiran Belajar Teknik Akronim

2) Kemahiran Belajar Teknik Akrostik

3) Kemahiran Belajar Teknik Audiostik



Semoga semua peserta mendapat manfaat dan mengamalkannya di dalam sesi pembelajaran seharian.



Terima kasih di atas sumbangan tenaga oleh Tuan Syed Faizal S Rahman kerana kesudian berkunjung ke SMK Subang. Insya Allah kami jemput tuan lagi.




































































Monday, July 8, 2013

Karnival PRS


Mengukuhkan sesuatu organisasi
memerlukan kerjasama dan komitmen dari setiap ahli yang mantap ilmunya. Sesuatu
organisasi tidak mampu bertahan lama sekiranya setiap ahli tidak memainkan
peranan masing-masing dengan sebaiknya. Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) yang membantu secara langsung Unit Bimbingan dan Kaunseling seharusnya
mantap dan berupaya melahirkan bakat-bakat kepemimpinan kelak. Keupayaan memimpin
perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah bagi member ruang dan peluang mengasah
bakat dan kemahiran diri.








OBJEKTIF


Di akhir program
ini, diharapkan agar Pembimbing Rakan Sebaya dapat :




  • Mengumpul dana PRS untuk merealisasikan aktiviti pembangunan
    sahsiah diri.

  • Memupuk sikap bekerjasama dalam satu pasukan.

  • Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid yang lain.

  • Meningkatkan keupayaan diri dan berupaya mengekalkan prestasi yang
    baik.

  • Mempunyai hubungan yang erat sesama PRS dan Guru Bimbingan dan
    Kaunseling.






TENTATIF PELAKSANAAN KARNIVAL































































TARIKH


AKTIVITI


TEMPAT


GURU TERLIBAT


AJK PRS


BAYARAN


(RM)


3 Julai


Pertandingan Bowling


Monterez Golf Club


Pn Nor Hanizah


Lailatul Fitri


40.00


4 Julai


Running
Man


Sekitar SMK Subang


Pn Zurina & Pn Kanniga


Afnan & Zafri


30.00


5 Julai


Jumble
Sale


Gelanggang Badminton


Pn Arfah


Arissa Athirah


-


5-19 Julai


Pertandingan
Fotografi


(Dalam
gambar ada lagu)


-


Pn Saraswathy


Marnisa


10.00


Julai


Dariku
Untukmu (Hadiah hari raya)


-


Pn Nor Hanizah & Pn Kanniga


Zulaika


2.00


Ogos


Projek
Bantu Upah


-


Pn Zurina & Pn Arfah


Hakimah


-









Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah...





1) Pertandingan Bowling Inter Subang









2) Running Man









3) Jumble Sale...





Hasil jualan melebihi RM 300... 





Tahniah kepada semua PRS yang terlibat & memberikan sokongan serta sumbangan tenaga, masa dan idea sepanjang karnival ini berlangsung.


jangan lupa, lepas Ramadan, Karnival akan terus berlangsung...





Semoga kegemilangan PRS akan terus berkekalan. Aamiin..





Sekian.


Wikipedia

Search results