Tuesday, December 24, 2013

SENARAI NAMA TINGKATAN 2, 3 & 5 2014

Assalamualaikum, slmt pagi...



PERHATIAN KPD MURID TINGKATAN 2, 3 DAN 5 2014.



Senarai nama kelas 2014 sudah boleh disemak di laman web sekolah..



www.smks.edu.my



Oleh yang demikian, ibu bapa dan penjaga yang hadir pada Hari Bertemu Pelanggan dan Pendaftaran Semula pada 28 Disember (8.00 pagi hingga 12.30 tgh hari) perlu bertemu dengan Guru Tingkatan 2014.



Harap maklum.



Terima kasih.

PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT (SMKA/KAA) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) / KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN – TAHUN 2014


Assalamualaikum...





Permohonan dibuka kepada semua murid Tingkatan 3 KAA 2013 SMK Subang.





Dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Sekolah.


Tarikh TUTUP pada 13 Januari 2014.





Hanya 3 sekolah menawarkan tempat:-




  1. SMKA Simpang Lima

  2. SMKA Kuala Selangor

  3. SMKA Maahad Hamidiah





Syarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di SMKA/KAA :








Syarat Umum :





1.   
Warganegara Malaysia.


2.   
Murid daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA),  Kelas Aliran Agama (KAA),
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN),
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Swasta (SMAS).


3.   
Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dalam
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)








Syarat Kemasukan
Ke Aliran Sastera :





  1. Lulus
    Peperiksaan PMR dengan mendapat sekurang-kurangnya:


    1. Mendapat  pangkat
      A dalam 4 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam

    2. Sekurang-kurangnya mendapat pangkat C dalam
      mata pelajaran Bahasa Arab

    3. Lulus
      dalam semua mata pelajaran lain










Syarat Kemasukan Ke Aliran Sains :





1.   Mendapat
sekurang-kurangnya :



    1. Mendapat  pangkat
      A dalam 5 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam,
      Sains dan Matematik

    2. Mendapat
      sekurang-kurangnya B bagi mata pelajaran lain










Syarat Kemasukan Ke Aliran Teknikal (SMKA Kuala
Selangor sahaja) :





a.   
Mendapat  pangkat A
dalam 5 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam, Sains dan Matematik


b.   
Mendapat sekurang-kurangnya B bagi mata pelajaran lain







Maklumat lanjut boleh telefon Jabatan Pendidikan Selangor Tel : 03-55135754 atau pejabat sekolah 03-78469673.





Yang berminat boleh mohon.





Semoga berjaya.





Terima kasih.

 

Saturday, December 21, 2013

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 & PERALIHAN dan HARI BERTEMU PELANGGAN TINGKATAN 2, 3 & 5 2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....





Pihak Pentadbiran dan seluruh warga 


SMK SUBANG CEMERLANG, 


berbesar hati memaklumkan 


seperti ketetapan berikut:





Tarikh : 28 DISEMBER 2013 (SABTU)


Masa    : 8.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI





menjemput:-





Semua ibu bapa murid Tingkatan 1 & Peralihan 2014 ke 


TAKLIMAT IBU BAPA 


Tempat : DEWAN IBNU SINA, SMK SUBANG





MURID TINGKATAN 1 & PERALIHAN WAJIB HADIR 


BERPAKAIAN UNIFORM SEKOLAH LENGKAP


untuk mengikuti 


Program Orientasi Peralihan dan Tingkatan 1 2014 


di Laman Al-Irsyad, SMK Subang


*Bawa bersama Fail Peribadi Murid yang lengkap*





Semua ibu bapa murid Tingkatan 2, 3 & 5 2014


ke HARI BERTEMU PELANGGAN


Tempat : BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


(Sila rujuk Risalah dan Pemimpin Murid 


yang bertugas pada hari tersebut)





Murid Tingkatan 2, 3 dan 5 2014


dijemput hadir dengan 


BERPAKAIAN UNIFORM SEKOLAH LENGKAP.





Semoga dengan kehadiran tuan/ puan 


dapat memeriahkan program ini dan berjalan dengan lancar.


Kerjasama tuan/ puan amatlah dihargai.





Sekian, terima kasih.

Monday, December 16, 2013

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PMR 2013 SMK SUBANG

Assalamualaikum & selamat sejahtera



PERHATIAN UNTUK MURID TINGKATAN 3 2013 



Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2013 akan diadakan seperti berikut:-



Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Kafetaria Al Wadi

Pakaian : Uniform Sekolah Lengkap



Notis Kod Pakaian telah pun ditampal di pagar sekolah. 

Bagi yang belum menjelaskan apa-apa yuran, sila bawa bersama duit secukupnya. 

Jika tidak, keputusan akan disekat. 

Begitu juga dengan etika berpakaian. Harap dipatuhi.



Harap Maklum.



Sila share di wall masing-masing.

Sunday, December 15, 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/ Politeknik Premier & Politeknik/ ILKA bagi lulusan SPM/ setaraf. Sesi Akademik 2014/2015

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...



Perhatian untuk Murid Tingkatan 5 2013..



Berikut adalah makluman berkaitan permohonan ke IPTA/ Politeknik Premier & Politeknik/ Institut Latihah Kemahiran Awam bagi Lulusan SPM/ setaraf, sesi akademik 2013/2014.



Harap bersedia...














Boleh rujuk laman web UPU di upu.moe.gov.my








Sekian, terima kasih.


Wednesday, November 6, 2013

TAWARAN PERTUKARAN KE SMK SHAH ALAM 2014

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...





Kepada Ibu bapa/ Penjaga...




Saya mewakili pihak pentadbir SMK Subang khususnya, PPD Petaling Perdana amnya dengan sukacitanya menjemput dan mempelawa mana-mana murid TINGKATAN 1 DAN 3 SMK Subang 2013 untuk memohon ke SMK Shah Alam.





Murid yang berminat dan tinggal berhampiran digalakkan memohon.





Lokasi SMK Shah Alam: 

Belakang Balai Bomba & Penyelamat, Bukit Jelutong








Tindakan yang perlu dibuat ialah:




  1. Mengambil Surat Cadangan Pertukaran Murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 Ke SMK Shah Alam di pejabat sekolah.

  2. Mengisi dan menghantar surat tersebut ke pejabat sekolah semula sebelum atau pada 12.00 tengah hari, 7 DISEMBER 2013  untuk dihantar ke PPD secara berkelompok oleh pihak sekolah.









Peringatan!!!




  1. Permohonan ini akan diproses sekiranya sekolah tersebut mendapat kelulusan pembukaan pada tahun hadapan

  2. Proses tawaran ini adalah kepada persediaan pengambilan murid sekiranya sekolah baru dapat dibuka pada awal tahun
    2014.

  3. Bilangan
    permohonan tidak terhad bagi pelajar yang memohon, tapisan akan dibuat di
    peringkat PPD.






Berikut adalah makluman bilangan kelas dan aliran bagi kelas tingkatan 1, 2 & 4 (2014).





Bagi tingkatan 1 dan 2 (2014)





  





























JENIS KELAS


KELAS


LELAKI


PEREMPUAN


KRK


Tingkatan 1A


Tingkatan 1B


Tingkatan 1C


KT


KT


KT


PK


PK


PK


KELAS BIASA


Tingkatan 1 D


Tingkatan 1 E


Tingkatan 1 F


KT


KT


KT


ERT


ERT


ERT


KELAS BIASA


Tingkatan 2A


Tingkatan 2B


Tingkatan 2C


Tingkatan 2D


Tingkatan 2E


KT


KT


KT


KT


KT


PK


PK


PK


PK


PK







Cadangan Elektif Mata PelajaranTingkatan 4 Tahun
2014





















KELAS


MATA PELAJARAN TERAS


MATA PELAJARAN ELEKTIF


4 A





4 B


BM, BI,  Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam@
Pendidikan Moral


Fizik, Kimia, Biologi, Mat Tamb


Fizik, Kimia, LK, Mat Tamb


4 C





4 D


BM, BI,  Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam@
Pendidikan Moral, Sains


P.Akaun, Eko. Asas, Mat Tamb


Perdagangan, PSV





Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat boleh maklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan surat daripada Pejabat Sekolah SMK Subang.





Maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat SMK Subang 03-78469673 (PK HEM).



Sekian, terima kasih.




Tuesday, November 5, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2013


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...





Kepada semua anak didik SMK Subang, Shah Alam 


yang bakal menduduki peperiksaan SPM 


bermula esok 6 November 2013...







Kami warga pendidik 


mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. 


Tenanglah menghadapinya. 


Semoga ilmu yang ditimba selama ini bakal membantumu. Mungkin juga jasa baikmu menyumbang khidmat bakti 


di SMK Subang akan memberimu 


kelapangan untuk menjawab soalan demi soalan, 


mata pelajaran demi mata pelajaran. 


Semoga usahamu selama berada di sini, 


akan menghasilkan kejayaan.







Tiada apa yang harus kami bantu lagi, 


melainkan doa yang subur mengiringimu 


berjuang di medan peperiksaan.





Tabahlah menghadapinya...


Berusaha sehingga ke titisan akhir..










Akhir kata..





Nukilan rasa dari Puan AMY buat semua murid tingkatan 5





Wahai anak didik ku


Kami menerima kalian dari tangan ibubapa mu


Kami ambil kalian dari pelbagai latarbelakang


Kami bersihkan,


Kami pelihara, dan kami gilapkan ilmu


supaya kalian bersinar dan


dapat memberi manfaat kepada masyarakat


Kini,


Masanya telah tiba


Untuk kami lepaskan kalian


Berjuanglah kalian


Berjuanglah untuk masa depan 


Kami doakan kejayaan buat kalian


Dan kami restui ilmu sepanjang perkenalan kita





SEMOGA BERJAYA!!!!

Saturday, October 19, 2013

Kembara PPDa 2013

Assalamualaikum...



Bertemu lagi kita di arena ini.


Hari ni admin nak kongsikan kemeriahan Kembara PPDa yang telah diadakan pada 28 September yang lalu di sekitar Kampung Melayu Subang dan SMK Subang.




Program ini sebenarnya telah digabungkan bersama 6 program besar yang lain iaitu dimulakan dengan Forum Perdana, Majlis Penutup Program Bacathon, Program Membaca 1 Sekolah, Pemeriksaan Kesihatan, Progeam Khidmat Masyarakat Unit Beruniform dan juga Promosi Makan Ikan Air Tawar.





Setiap satu program diterajui oleh jawatankuasa guru terpilih dan berkaliber bagi menjayakan program besar-besaran ini.





Berikut adalah tentatif pada 27 dan 28 September 





27 September 2013 (Jumaat)


7:00 mlm


Persembahan Qasidah & Nasyid              


   Jamuan Ringan





7:30 mlm


Solat Maghrib





8:00 mlm


Forum Perdana


Membina Masyarakat Madani





10:00 mlm


Bersurai








Moderator:


Ustaz Mohd Fauza b Ali


(SMK Subang Cemerlang)





Ahli Panel:


Ustaz Shopuan Anuar B Hj. Ahmad


(Jabatan Pendidikan Selangor)


Ustaz Amir Hisyam b Hassan


(Institut Latihan Perindustrian)


Ustaz Uda b Kassim


(Maahad Dakwah Al-Irshad Al Fateh)





28 September 2013 (Sabtu)























































 7.30 pg:


Kehadiran Murid, Guru & AJK PIBG





8.00 pagi:


Pameran ‘Booth’ Agensi Luar Bermula


Ucapan Aluan Juruacara Majlis


Bacaan Doa


Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, Negeri Selangor dan


‘Cemerlang Bersamamu’


Ucapan Selamat Datang YDP PIBG





Aktiviti-aktiviti Bermula


(Dimulai dengan Taklimat oleh Ketua Unit


Masing-masing)





Program Membaca 1 Sekolah





Kembara PPDa:


‘Check-Point’


Restoran Ad-Dhuha (Sarapan)


-> Speedmart Subang Permai -> Rumah Amal Kasih Bestari -> Kembali ke Sekolah





Program Unit Beruniform:


Khidmat  Masyarakat


(Masjid An-Nur & Surau Al-Hidayah


Taman Subang Baru)





Pertandingan Memasak Ikan Keli





11:00: 


Murid Rehat





11:45:  


Majlis Penutupan Bacathon &


Penyampaian Hadiah


Jamuan/ Promosi Makan Ikan Air Tawar


(Ikan Keli)





12:30:


Bersurai





Apakah itu PPDa?


PPDa merupakan singkatan daripada Pendidikan Pencegahan Dadah yang juga salah satu program yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dilaksanakan di semua sekolah. Misiya ingin melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program PPDa yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.





Oleh yang demikian, Kembara PPDa dijalankan bagi meningkatkan Kesan Halo kepada masyarakat sekeliling. Maklumat berkaitan PPDa disebarkan dan diedarkan sepanjang kembara berbasikal pada hari tersebut. 





Kembara ini adalah gabungan beberapa jawatankuasa PPDa, Guru Penyayang dan Warga Emas telah disertai oleh 40 orang murid dan 10 orang ajk PIBG dan warga emas sekitar Kg Melayu Subang.





Alhamdulillah kembara ini selamat dijayakan dengan mendapatkan sejumlah sumbangan bagi membangunkan Sudut PPDa di sekolah ini.





Berikut adalah potret-potret yang berjaya dirakamkan sepanjang kembara tersebut....

















































































Wikipedia

Search results